Anda dibenarkan mengambil contoh latarbelakang
di bawah ini secara percuma, tapi seelok-eloknya
tolong beritahu tuannya sebelum atau selepas anda mengambilnya. Contoh-contoh
ini saya buat untuk kemudahan pembina homepage terutamanya orang baru belajar
dan kekurangan bahan grafik untuk dimasukkan dalam halaman mereka. Contoh
ini juga dapat memberikan panduan kepada anda semua. Jika anda bercadang
hendak membuat sendiri, itu adalah lebih baik kerana sungguhpun kurang
cantik tetapi kita berpuas hati dengan apa yang kita buat. Melalui ruangan
ini juga saya memberikan penjelasan supaya anda dapat mencuba.