Langkah Pertama
Sediakan 3 keping imej dengan menggunakan sebarang
program grafik yang telah anda mahir menggunakannya.
Contoh di atas ini menggunakan Aldus Photoshop.
Gunakan efek yang sesuai untuk menjadikan grafik itu lebih cantik.
|
Langkah ke Dua
Simpan setiap grafik dalam tiga fail yang berlainan.seperti
mylogo1.jpg, mylogo2.jpg, mylogo3.jpg. Nama fail yang bersiri akan memudahkan
kita mencarinya apabila hendak digabungkan ketiga-tiga grafik ini. Perlu
diingatkan juga saiz grafik hendaklah sama besar. Kalau tidak sama, mungkin
ia tidak menarik apabila ia bergerak.
|
Langkah ke Tiga
Gabungkan ke tiga-tiga grafik ini dengan menggunakan
program animasi seperti: Animagic gif, Autodesk Multimedia atau lain-lain.
Pastikan program yang anda guna boleh menyimpan fail kepada format *.gif.
kerana kebanyakan grafik yang digunakan dalam HTML adalah 'gif' dan 'jpg'.
|